7
golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya
pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:
1)
Pemerintah yang adil
2) Pemuda
yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
3) Lelaki
yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
4) Dua
orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul
dan berpisah kerana Allah
5) Lelaki
yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya
saya takut kepada Allah”
6) Seorang
yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu
sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya
7) Lelaki
yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan
lain-lain)
0 komentar:
Posting Komentar